Turki Bakal Terima Sistem S-400 Dari Rusia

Turki Bakal Terima Sistem S-400 Dari Rusia

Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu berkata negaranya akan menerima penghantaran pertama sistem peluru berpandu pertahanan udara S-400 dari Rusia pada lewat tahun depan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu berkata negaranya akan menerima penghantaran pertama sistem peluru berpandu pertahanan udara S-400 dari Rusia pada lewat tahun depan.

"Unit pertama akan dihantar menjelang akhir tahun 2019," kata Cavusoglu kepada wartawan di ibukota Belgium, Brussels, di mana beliau dijangka menghadiri mesyuarat rasmi 29 negara anggota Pertubuhan Atlantik Utara (NATO).

Ketua diplomat Turki itu turut menegaskan bahawa Ankara perlu meneruskan perolehan sistem peluru berpandu pertahanan udara moden yang dibina oleh Russia, tanpa mengambil kira bantahan daripada Amerika Syarikat dan beberapa negara anggota NATO.

"Kita mengusai bahagian teknikal (perkara ini). Sebagai contoh, adalah wajar bagi mereka untuk bertanya sama ada S-400 mampu mengenal NATO; sistem NATO atau sekutunya.... Kami juga peka terhadap isu ini.

"Kami telah meletakkan syarat kami di dalam hal ini semasa membuat pembelian ini," kata Cavusoglu.

Bulan lalu, bekas pegawai tentera Turki yang berpangkat tinggi berkata bahawa keputusan negaranya untuk membeli sistem peluru berpandu S-400 dari Rusia adalah akibat daripada kemerosotan hubungan di antara Ankara dan Washington dan sebagai tindak balas terhadap ancaman Washington.

Bekas anggota Tentera Udara Turki, Leftenan Jeneral Erdogan Karakus memberitahu agensi berita Rusia Sputnik bahawa peningkatan hubungan ketenteraan Russo-Turki akan mempengaruhi keseimbangan kuasa di Timur Tengah, dan mungkin dapat mencegah krisis berlanjutan di rantau tersebut.

"Berikutan ketidakpastian tentang penghantaran jet AS F-35 ke Turki, Ankara mencari alternatif dalam bidang kerjasama ketenteraan. Pilihan utama adalah untuk mengukuhkan lagi hubungan ketenteraan kita dengan Rusia. Pada masa yang sama, Turki sedang berusaha membangun jetnya sendiri, tetapi kita menghadapi bantahan Britain terhadap perkara itu," kata Karakus.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky