Turki Bidas Respon Lemah Negara Arab Terhadap Isu al-Quds

Turki Bidas Respon Lemah Negara Arab Terhadap Isu al-Quds

Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu membidas sebahagian negara-negara Arab berikutan respon "lemah" mereka terhadap pengiktirafan Amerika Syarikat ke atas Baitulmuqaddis (al-Quds) sebagai ibu kota rejim Israel.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu membidas sebahagian negara-negara Arab berikutan respon "lemah" mereka terhadap pengiktirafan Amerika Syarikat ke atas Baitulmuqaddis (al-Quds) sebagai ibu kota rejim Israel.

"Sebahagian daripada negara Arab menunjukkan respon yang sangat lemah (berhubung al-Quds), ujar Mevlut Cavusoglu pada hari Selasa sambil menambah dengan mengatakan; "Kelihatan seperti sebahagian negara amat takut dengan Amerika Syarikat."

"...kami mahu Amerika Syarikat untuk memperbetulkan kesilapan mereka," tambahnya.

Pada hari Rabu lepas, Presiden Donald Trump membuat pengumuman untuk mengiktiraf al-Quds sebagai ibu kota rejim Zionis Israel. Beliaut turut mengarahkan pemindahan kedutaan A.S ke kawasan tanah jajahan Israel itu.

Perubahan polisi dramatik oleh pentadbiran Rumah Putih setakat ini mengundang kritikan keras daripada pelbagai pihak termasuk sekutu Barat A.S sendiri. Di dalam masa yang sama, tindakan itu turut mencetuskan tunjuk perasaan di Palestin, Iran, Turki, Mesir, Jordan, Tunisia, Indonesia, Iraq, Maghribi dan lain-lain. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram