Turki Nafi Guna Senjata Kimia Di Syria

Turki Nafi Guna Senjata Kimia Di Syria

Turki menegaskan tidak pernah menggunakan senjata kimia di Syria dan menyifatkan tuduhan penggunaan senjata berkenaan terhadap kumpulan militan Kurdish adalah tidak berasas.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Turki menegaskan tidak pernah menggunakan senjata kimia di Syria dan menyifatkan tuduhan penggunaan senjata berkenaan terhadap kumpulan militan Kurdish adalah tidak berasas.

Menurut sumber diplomatik negara ini, Ankara mengambil berat terhadap keselamatan orang awam dan tuduhan bahawa Turki bertanggungjawab berhubung serangan gas adalah tidak benar.


"Turki tidak pernah menggunakan senjata kimia, penipuan ini adalah suatu propaganda," katanya bagi membalas kenyataan pihak hospital di Afrin.

Hospital berkenaan mendakwa enam lelaki yang diberi rawatan semalam selepas serangan udara mempunyai simptom-simptom pendedahan terhadap ejen toksik.

Ketua Pemantau Hak Asasi Manusia Syria, Rami Abdel Rahman berkata, serangan udara sama ada dari Turki atau sekutunya mengenai Al-Sheikh Hadid di barat bandar Afrin menyebabkan enam orang mengalami kesukaran bernafas dan masalah mata. - AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky