Turki, Rusia, Iran Bincang Nasib Syria

Turki, Rusia, Iran Bincang Nasib Syria

Presiden Iran, Turki dan Rusia dilaporkan bertemu hari ini bagi menghadiri sidang kemuncak tiga pihak yang diadakan kali kedua dalam masa kurang enam bulan, bertujuan mempercepat rundingan damai Syria dan mengukuhkan pengaruh di negara itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Iran, Turki dan Rusia dilaporkan bertemu hari ini bagi menghadiri sidang kemuncak tiga pihak yang diadakan kali kedua dalam masa kurang enam bulan, bertujuan mempercepat rundingan damai Syria dan mengukuhkan pengaruh di negara itu.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dijadual menjadi hos kepada rakan sejawat dari Rusia Vladimir Putin dan Hassan Rouhani dari Iran dalam pertemuan yang diharap memacu perkembangan di Syria.

Sebagai tanda kerjasama, tiga kuasa besar dunia berkenaan menyokong usaha yang dianggap sejajar dengan rundingan damai di Geneva yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Ankara, Moscow dan Tehran mempunyai kepentingan berbeza, namun buat masa ini ketiga pihak bergabung bagi mengambil kesempatan ke atas pengaruh Barat yang semakin merosot di negara bergolak tersebut.

Elizabeth Teoman, penganalisis Turki di Institut Kajian Perang (ISW) berkata Erdogan berniat untuk menggunakan sidang kemuncak itu bagi mendapat sokongan Rusia dan Iran untuk meneruskan operasi di utara Syria atau Iraq.

Sementara itu, Jana Jabbour, Profesor Sains Politik di sebuah universiti di Paris berkata sidang kemuncak tersebut bertujuan untuk "menyusun semula dan berunding tentang zon pengaruh di Syria serta membincangkan masa depan utara Syria selepas pengunduran Amerika Syarikat (AS)".

Terdahulu, Presiden Amerika Syarikat mengumumkan mahu membawa pulang tenteranya dari Syria selepas memberi bayangan AS akan berundur dari negara itu dalam masa terdekat.

Lebih 340,000 orang terkorban sejak perang bermula berikutan protes anti-kerajaan pada 2011, berjuta yang lain hilang tempat tinggal atau terpaksa melarikan diri.- AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky