Turki Tahan 82 Suspek Daesh

Turki Tahan 82 Suspek Daesh

Polis Turki menahan 82 individu disyaki anggota militan Daesh, 77 daripada mereka adalah warga asing, dalam serbuan di seluruh Istanbul, lapor agensi berita Anadolu hari ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Polis Turki menahan 82 individu disyaki anggota militan Daesh, 77 daripada mereka adalah warga asing, dalam serbuan di seluruh Istanbul, lapor agensi berita Anadolu hari ini.

Ia melaporkan, skuad polis antikeganasan mensasarkan suspek yang dipercayai bertindak bagi pihak militan itu, pergi ke zon konflik di Syria dan Iraq dan merancang serangan di Turki.

Serbuan serentak polis dilakukan di 16 alamat di 10 daerah di Istanbul, kata agensi itu, tanpa menjelaskan bila operasi dilancarkan.

Laporan Anadolu tidak menjelaskan apa bukti diperoleh mengenai suspek tetapi menyatakan polis merampas bahan digital dan dokumen ketika serbuan.

Turki menyertai pakatan tentera antarabangsa diketuai Amerika Syarikat menentang Daesh, menahan lebih 5,000 suspek militan itu dan mengusir beribu-ribu militan asing sejak beberapa tahun ini.

Polis Turki sebelum ini meningkatkan operasi terhadap suspek Daesh pada akhir tahun lalu menjelang ulang tahun pertama serangan ke atas kelab malam di Istanbul yang mengorbankan 39 orang. - Reuters


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram