Vaksin Pertama Taun Dilancar Di Yaman

Vaksin Pertama Taun Dilancar Di Yaman

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan agensi global lain melancarkan kempen vaksin taun oral pertama di Yaman, mensasarkan jutaan penduduk di negara yang dilanda peperangan itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan agensi global lain melancarkan kempen vaksin taun oral pertama di Yaman, mensasarkan jutaan penduduk di negara yang dilanda peperangan itu.

Lebih 2,200 orang meninggal dunia akibat jangkitan penyakit bawaan air itu sepanjang tahun lalu di Yaman, manakala ada satu juta lagi kes disyaki di seluruh negara.

Menurut pengumuman bersama WHO, Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Bank Dunia dan vaksin GAVI Alliance, fasa pertama kempen lisan itu mensasarkan lebih 350,000 penduduk di selatan wilayah Aden.

Pakar taun WHO, Lorenzo Pezzoli berkata, kempen itu mensasarkan untuk sampai kepada penduduk Yaman di seluruh negara.

"Ia satu detik bersejarah kerana pertama kali negara itu menggunakan vaksin ini untuk melawan wabak dahsyat yang bermula pada 2016.

"Selepas vaksinasi di Aden berjaya, kempen ini akan digerakkan ke semua kawasan berisiko di negara itu yang meliputi sekurang-kurangnya empat juta orang," kata Pezzoli dalam video WHO yang disiarkan menerusi akaun Twitter. - AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky