Wabak Taun Di Yaman Ancam Musim Haji

  • News Code : 842320
  • Source : ABNA24
Brief

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa wabak taun yang melanda Yaman mungkin merebak ke kawasan lain ketika musim Haji akan datang pada bulan September ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa wabak taun yang melanda Yaman mungkin merebak ke kawasan lain ketika musim Haji akan datang pada bulan September ini.

WHO pada hari Jumaat berkata bahawa ibadah Haji yang menarik sekitar empat juta penganut ajaran Islam ke kota suci Mekah -yang mana 1.5 hingga 2 juta daripada mereka adalah warga asing- akan meningkatkan risiko pelbagai penyakit seperti denggi, demam kuning, virus Zika dan juga taun.

Pakar wabak taun di pertubuhan itu, Dominique Legros berkata bahawa pengawasan yang ketat dan ujian kesihatan pantas untuk mengesan kes di peringkat awal telah membantu negara Arab itu mengelakkan masalah taun semasa musim Haji.

Taun yang menyebabkan cirit-birit dan dehidrasi tersebar melalui bekalan air yang tercemar terbukti mampu membawa maut jikalau pesakit gagal mendapatkan rawatan yang diperlukan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyalahkan wabak taun yang melanda Yaman ke atas mereka yang terlibat di dalam perang Yaman termasuk negara asing yang menyokong mereka.

Pertubuhan itu mengatakan bahawa wabak "buatan manusia" itu adalah akibat langsung daripada tindakan kekerasan pakatan pimpinan Arab Saudi serta "pencabulan undang-undang antarabangsa secara serius." -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram