Waktunya Telah Tiba, Tamatkan Penipuan Berhubung Krisis Di Syria

  • News Code : 856995
  • Source : ABNA24
Brief

Wakil Tetap Syria ke PBB, Bashar al-Jaafari mengatakan bahawa waktunya telah tiba untuk menamatkan penipuan dan penyimpangan pandangan awam berhubung perang yang berlaku di Syria.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Wakil Tetap Syria ke PBB, Bashar al-Jaafari mengatakan bahawa waktunya telah tiba untuk menamatkan penipuan dan penyimpangan pandangan awam berhubung perang yang berlaku di Syria.

Beliau menegaskan perkara itu di dalam sidang Majlis Keselamatan PBB pada hari Rabu semalam.

"Beberapa isu berkaitan Syria yang dibahaskan di dalam sesi pertemuan ini tidak selari dengan realiti sebenar (yang berlaku) di dalam dunia nyata dan dibuat berasaskan dakwaan pihak media semata-mata,: kata Jaafari yang dinukilkan oleh Agensi Berita SANA.

Jaafari turut mengatakan bahawa sejak perang meletus di negara Arab itu, Damysik sentiasa bekerjasama dengan PBB dan beberapa badan yang terkati dengan pertubuhan tersebut.

Menurut beliau, Syria berpegang teguh kepada dua buah prinsip yang dianggapnya relevan dalam menamatkan konflik berdarah itu. Pertama ialah peperangan berterusan membasmi keganasan dan keduanya adalah usaha mencari penyelesaian politik kepada krisis itu.

Kumpulan pengganas yanng dibantu kerajaan Barat serta rejim-rejim serantau memulakan operasi keganasan mereka di Syria sejak tahun 2011. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram