Warga Awam Di Ghouta Akan Kembali Ke Pangkuan Negara

Warga Awam Di Ghouta Akan Kembali Ke Pangkuan Negara

Seorang kolonel tentera Syria mengatakan bahawa pasukan kerajaan akan menamatkan kepungan ke Timur Ghouta yang terletak di pinggir bandar Damsyik untuk membenarkan warga awam yang terperangkap di dalam kepungan tersebut untuk kembali ke "pangkuan negara" mereka dalam tempoh terdekat.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang kolonel tentera Syria mengatakan bahawa pasukan kerajaan akan menamatkan kepungan ke Timur Ghouta yang terletak di pinggir bandar Damsyik untuk membenarkan warga awam yang terperangkap di dalam kepungan tersebut untuk kembali ke "pangkuan negara" mereka dalam tempoh terdekat.

"Kami telah menerima arahan daripada pihak tertinggi tentera untuk menamatkan kepungan secara sementara buat warga awam kami di Timur Ghouta," lapor Reuters yang menukilkan sumber yang tidak dinamakan.

"Insya-Allah, tidak lama lagi ... mereka akan kembali ke pangkuan negara," tambah pegawai itu.

Sementara itu, televisyen negara melaporkan bahawa unit tentera Syria sedang menyerang kedudukan militan di bandar Mesraba yang terletak di Timur Ghouta dengan tembakan permulaan sebelum pasukan infantri dikerahkan ke sana.

Para Militan yang disokong oleh elemen asing di Timur Ghouta telah melancarkan serangan mortar dan roket secara meulu ke atas Damsyik yang mengakibatkan banyak kematian awam. Tindakan melulu itu dibuat berikutan tekanan yang mereka hadapi akibat kepungan tentera Damsyik yang berhasrat membersihkan kawasan itu daripada elemen pengganas.

Tentera Syria, yang disokong oleh pasukan udara Rusia, telah melancarkan operasi untuk membebaskan wilayah itu daripada cengkaman pasukan militan dan pengganas.

Syria telah menubuhkan koridor kemanusiaan untuk membolehkan penduduk awam meninggalkan zon operasi. Sementara itu pihak Rusia pula telah menguatkuasakan sela masa tanpa serangan yang setiap hari dari pukul 09:00 pagi hingga 02:00 petang menurut waktu tempatan untuk memudahkan orang ramai keluar dari zon operasi melalui koridor tersebut.

Walau bagaimanapun, laporan mengatakan bahawa pihak militan telah menghalang orang awam untuk meninggalkan zon operasi dalam rangka menggunakan mereka sebagai perisai manusia dalam menghadapi operasi ketenteraan pihak kerajaan dan sekutunya.

Terdahulu, agensi berita rasmi kerajaan, SANA melaporkan bahawa beberapa bas telah menunggu di kawasan berhampiran koridor kemanusiaan mengangkut orang-orang meninggalkan Timur Ghouta sebelum membawa mereka ke pusat perumahan yang disediakan oleh pihak kerajaan. Akan tetapi. tiada ada orang awam yang setakat ini berjaya melolosi halangan pengganas yang ingin menggunakan mereka sebagai perisai manusia.

Di dalam perkembangan lain Kementerian Pertahanan Rusia pada hari Rabu mengumumkan bahawa beberapa anggota militan anti-Damsyik yang aktif di Timur Ghouta telah bersetuju menerima tawaran Moscow untuk meninggalkan rantau tersebut bersama-sama dengan ahli keluarga mereka.

Rusia pada hari Selasa menawarkan militan laluan selamat untuk meniggalkan Timur Ghouta sambil menekankan bahawa mereka dibenarkan membawa senjata peribadi serta keluarga mereka. Mereka juga diberi jaminan bahawa mereka diberikan imuniti daripada sebarang pendakwaan.

Terdahulu pada hari Rabu, Hamza Birqdar, jurucakap tentera kumpulan Takfiri Jaish al-Islam, Hamza Birqdar berkata bahawa anggota militan kumpulannya akan terus kekal di Timur Ghouta dan menolak perbincangan berhubung pengunduran mereka dari kawasan itu.

"Tiada sebarang rundingan berhubung subjek ini. Setiap kumpulan yang berada di Ghouta, para pejuang mereka dan warga awam akan kekal di kawasan mereka dan akan cuba mempertahankannya," katanya kepada Reuters dalam sebuah pesan teks.

Pada 24 Februari, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) sebulat suara meluluskan resolusi menuntut sebuah gencatan senjata selama sebulan di seluruh Syria untuk membenarkan penghantaran bantuan kemanusiaan dan pemindahan pesakit. Akan tetapi, perkara itu gagal mengurangkan serangan kumpulan pengganas ke atas warga awam negara Arab itu.

Gencatan senjata tidak merangkumi kumpulan pengganas seperti Daesh, Jabhat al-Nusra serta "individu, kumpulan, sekutu dan entiti" yang berkaitan dengan pasukan pengganas.







Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky