Warga Saudi Berang Harga Petrol Naik

Warga Saudi Berang Harga Petrol Naik

Warga Arab Saudi telah menggunakan perkhidmatan rangkaian sosial untuk melepaskan kemarahan mereka terhadap kerajaan berikutan tindakan Riyadh menaikkan harga petrol dan pengenalan cukai VAT kepada pengguna di negara itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Warga Arab Saudi telah menggunakan perkhidmatan rangkaian sosial untuk melepaskan kemarahan mereka terhadap kerajaan berikutan tindakan Riyadh menaikkan harga petrol dan pengenalan cukai VAT kepada pengguna di negara itu.

Surat khabar al-Quds al-Arabi yang berpusat di London pada hari Ahad berkata bahawa warga Arab Saudi yang berang telah membuat hashtag "gaji tidak mencukupi" di dalam perkhidmatan Twitter.

Menurut beberapa agensi berita, kerajaan bermonarki mutlak itu telah menaikkan harga petrol sebanyak dua kali ganda dan mula memperkenalkan cukai VAT sebanyak 5 peratus ke atas kebanyakan barang pengguna serta perkhidmatan berkaitan.

Hashtag "gaji tidak mencukupi" telah didaftarkan dicipta sebanyak empat kali selepas ia mencecah angka tertinggi yang dibenarkan oleh pembekal perkhidmatan.

Warga Arab Saudi yang tidak mempunyai pekerjaan juga telah mencipta hashtag "penganggur dan mereka yang dilupakan" untuk meluahkan kemarahan mereka. Sekitar 5.1 peratus warga negara itu menganggur menurut perangkaan tahun 2016.

Beberapa klip yang tersebar di dunia maya turut menunjukkan seorang warga Arab Saudi telah memulakan kebakaran di sebuah stesen minyak di negara tersebut untuk membantah kenaikan harga bahan bakar itu. -ABNA24


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky