Warga Syria Berhimpun Sokong Presiden Assad

Warga Syria Berhimpun Sokong Presiden Assad

Para penyokong Presiden Syria, Bashar al-Assad telah turun ke jalan raya di ibu kota Damsyik sebagai tanda sokongan tidak berbelah-bahagi mereka terhadap pemimpin tersebut beberapa hari selepas Amerika Syarikat dan sekutunya melancarkan lebih daripada 100 buah peluru berpandu ke atas negara Arab yang dilanda keganasan antarabangsa itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Para penyokong Presiden Syria, Bashar al-Assad telah turun ke jalan raya di ibu kota Damsyik sebagai tanda sokongan tidak berbelah-bahagi mereka terhadap pemimpin tersebut beberapa hari selepas Amerika Syarikat dan sekutunya melancarkan lebih daripada 100 buah peluru berpandu ke atas negara Arab yang dilanda keganasan antarabangsa itu.

Sambil membunyikan hon kereta dan mengibarkan bendera Syria, para peserta melaungkan slogan pro Presiden Assad. Mereka juga dilihat meraikan apa yang disifatkan sebagai kejayaan tentera Syria di dalam menangkis serangan udara oleh pakatan tiga serangkai yang diketuai oleh Amerika Syarikat

A.S, U.K dan Perancis melancarkan serangan udara ke atas beberapa buah sasaran yang dioperasikan oleh kerajaan di Syria awal pagi Sabtu berikutan dakwaan mereka bahawa kerajaan Presiden Assad telah menggunakan senjata kimia ke atas warga awam Syria sendiri. Sebuah dakwaan yang dinafikan sekeras-kerasnya oleh Damsyik.

Sejumlah 103 buah peluru berpandu cruiser dilancarkan oleh A.S dan sekutunya sepanjang serangan yang tidak menadapat mandat PBB tersebut, kata Kementerian Pertahanan Rusia sambil menambah bahawa sekurang-kurangnya 71 daripada jumlah itu berjaya ditangkis oleh pasukan pertahanan udara Syria.

Serangan udara itu dilakukan sebagai tindak balas terhadap serangan senjata kimia yang didakwa oleh A.S telah dilancarkan di bandar Douma pada minggu lalu.

Beberapa kuasa Barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat mendakwa bahan kimia -kemungkinan besar klorin dan sarin- telah digunakan oleh pasukan kerajaan Syria pada 7 April di dalam serangan di Douma. Sebuah dakwaan yang masih belum dapat disahkan lagi.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky