Wartawan Palestin Kecam Usul Undang-Undang Baharu Israel

Wartawan Palestin Kecam Usul Undang-Undang Baharu Israel

Wartawan Palestin mengutuk rang undang-undang kontroversi rejim Zionis Israel yang menghalang sebarang bentuk fotografi, rakaman atau penggambaran ke atas tentera rejim yang sedang bertugas.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Wartawan Palestin mengutuk rang undang-undang kontroversi rejim Zionis Israel yang menghalang sebarang bentuk fotografi, rakaman atau penggambaran ke atas tentera rejim yang sedang bertugas.

Draf undang-undang yang bertajuk "Larangan ke atas fotografi dan pengdokumentasian (operasi) Angkatan Tentera IDF," telah dicadangkan minggu lalu oleh seorang ahli politik daripada parti sayap kanan, Robert Ilatov.

Di bawah undang-undang yang diusulkan tersebut, mereka yang mengambil gambar, rakaman atau penggambaran ke atas pihak tentera Israel "dengan niat untuk melemahkan semangat" tentera "boleh dipenjarakan selama lima tahun" dan mereka yang "bercadang untuk membahayakan" keselamatan Israel boleh dipenjarakan selama 10 tahun.

Langkah ini juga melarang penerbitan foto atau kandungan video di dalam media atau rangkaian sosial.

Pertubuhan Wartawan Palestin (PCJ) dalam satu kenyataan menyatakan bahawa rang undang-undang yang berbaur "perkauman" itu menyerang asas kewartawanan dan merupakan sebuah percubaan untuk menutup amalan jenayah yang kerap dilakukan oleh tentera rejim Israel terhadap rakyat Palestin. "

Mereka juga menggambarkan cadangan itu sebagai sebuah percubaan oleh rejim Tel Aviv untuk "melarikan diri dari hukuman dan keadilan antarabangsa" dan "memberi legitimasi kepada entiti Israel untuk melakukan lebih banyak jenayah."


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
We are All Zakzaky