Yaman Guna Sistem Peluru Berpandu Baharu Untuk Sasar Pesawat Saudi

Yaman Guna Sistem Peluru Berpandu Baharu Untuk Sasar Pesawat Saudi

Laporan terkini mendedahkan bahawa pasukan pertahanan udara Yaman telah mengoperasikan sistem peluru berpandu terbaharu untuk melindungi kawasan kejiranan yang terletak Sana'a dan Sa'ada daripada serangan udara pakatan pimpinan Arab Saudi.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Laporan terkini mendedahkan bahawa pasukan pertahanan udara Yaman telah mengoperasikan sistem peluru berpandu terbaharu untuk melindungi kawasan kejiranan yang terletak Sana'a dan Sa'ada daripada serangan udara pakatan pimpinan Arab Saudi.

Rangkaian televisyen berbahasa Arab, al-Masirah melaporkan bahawa pasukan pertahanan udara Yaman bersama sekutu mereka telah menggunakan sistem terbaharu untuk memintas dan menyasarkan jet tempur F-15 milik Tentera Udara Arab Saudi yang terbang di ruang angkasa Sana'a pada 8 Januari lepas.

Perkembangan itu berlaku beberapa jam selepas pasukan udara Yaman menggunakan sistem yang sama untuk menembak jatuh pesawat tempur Panavia Tornado milik tentera Arab Saudi yang terbang di ruang angkasa negara Yaman.

Sekurang-kurangnya 13,600 orang telah terbunuh sejak bermulanya kempen ketenteraan Arab Saudi ke atas Yaman pada 2015. Kebanyakan infrastruktur negara Arab itu, termasuk hospital, sekolah dan kilang, juga musnah akibat daripada kempen ganas pakatan pimpinan Riyadh ke atas Yaman.

Perang yang dipimpin oleh Riyadh itu juga telah mencetuskan penyakit berjangkit, terutamanya difteri dan kolera, di seluruh Yaman.

Menurut laporan terbaru Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), wabak kolera telah membunuh 2,167 orang sejak akhir bulan April dan dianggarkan telah menjangkiti sekitar 841,906 warga Yaman.

WHO juga memberi amaran bahawa sekurang-kurangnya 471 orang di Yemen telah menderita penyakit difteri (penyakit berkaitan jangkitan bakteria) yang setakat ini membunuh satu daripada 10 orang Yaman sejak wabak itu tercetus di negara tersebut.

Jurucakap agensi PBB itu, Tarik Jasarevic pada hari Khamis lepas berkata bahawa wilayah Ibb dan wilayah Hudaydah adalah kawasan yang paling terkesan akibat daripada wabak difteria yang difahami mudah tersebar di antara orang ramai melalui hubungan fizikal langsung atau udara. -ABNA24







Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky