10% Calon Bukan Islam Masih Peringkat Cadangan, Kata PAS

10% Calon Bukan Islam Masih Peringkat Cadangan, Kata PAS

Hasrat PAS Pahang meletakkan 10% calon bukan Islam bagi bertanding kerusi parlimen pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) masih di peringkat cadangan, kata Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Hasrat PAS Pahang meletakkan 10% calon bukan Islam bagi bertanding kerusi parlimen pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) masih di peringkat cadangan, kata Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob.

Beliau berkata kebiasaannya sesuatu cadangan berkaitan dasar parti, ia diputuskan Majlis Syura Ulama.

“Kita menganggap ia cadangan biasa sahaja dan bergantung atas sesebuah negeri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Hududullah di Dataran Ilmu hari ini.

Ditanya sama ada Kelantan juga mempunyai cadangan sama, Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan hanya berkata ia bergantung kepada negeri masing-masing.

Pada 23 Disember lepas, PAS Pahang dilaporkan akan meletakkan 10% calon bukan Islam untuk bertanding di kerusi parlimen negeri itu pada PRU14.

Pesuruhjaya PAS Pahang Rosli Abdul Jabar berkata calon terbabit akan dipilih daripada kalangan anggota Dewan Himpunan Penyokong PAS.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram