Aktivis Sosial Gesa Suu Kyi Hentikan Pembunuhan Di Rakhine

  • News Code : 853519
  • Source : Utusan Online
Brief

Aktivis sosial Afrika Selatan yang juga merupakan seorang bekas paderi kanan gereja Anglikan, Desmond Tutu menggesa Kaunselor Myanmar, Aung San Suu Kyi supaya bertindak memberhentikan pembunuhan beramai-ramai terhadap penduduk etnik Islam Rohingya di negeri Rakhine, Myanmar.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Aktivis sosial Afrika Selatan yang juga merupakan seorang bekas paderi kanan gereja Anglikan, Desmond Tutu menggesa Kaunselor Myanmar, Aung San Suu Kyi supaya bertindak memberhentikan pembunuhan beramai-ramai terhadap penduduk etnik Islam Rohingya di negeri Rakhine, Myanmar.

Gesaan itu disuarakan menerusi sepucuk surat yang diutuskan oleh Tutu seperti dipetik portal The Guardian baru-baru ini.

“Dalam hati saya, anda adalah adik perempuan yang sangat disa­yangi. Selama bertahun-tahun saya mempunyai gambar anda di atas meja saya untuk mengingatkan saya tentang ketidakadilan dan pengorbanan yang anda alami daripada kasih sayang dan komitmen anda untuk rakyat Myan­mar.

“Anda melambangkan kebena­ran. Pada 2010 kami bergembira dengan kebebasan anda dari tahanan rumah, dan pada 2012 kami meraikan pilihan raya anda sebagai pemimpin pembangkang,” kata Tutu dalam surat berke­naan.

Ujar Tutu lagi, beliau terpaksa melanggar janjinya untuk tidak mencampuri urusan dunia kerana berasa sedih melihat kesengsaraan ditanggung oleh penduduk Rohingya.

“Kemunculan anda di khalayak ramai mengurangkan kebimbangan kami tentang keganasan yang dilakukan terhadap Rohingya. Tetapi apa yang dipanggil sebagai ‘pembersihan etnik’ dan pembunuhan be­ramai-ramai tetap berterusan, malah baru-baru ini semakin memuncak.

“Imej penderitaan Rohingya yang kita lihat membuatkan kita berasa sakit dan ketakutan. Kami pasti anda tahu bahawa manusia mungkin kelihatan dan menganuti agama berlainan namun tiada perbezaan ketara antara Buddha serta Islam,” jelas Tutu lagi.

Menurut Tutu, adalah penting bagi Suu Kyi berani untuk menegakkan keadilan, hak asasi manusia dan perpaduan seluruh rakyat Myanmar.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram