Aung San Suu Kyi Dilucutkan Kerakyatan Kehormat Kanada

Aung San Suu Kyi Dilucutkan Kerakyatan Kehormat Kanada

Pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi menjadi orang pertama yang dilucutkan warganegara kehormat Kanada kerana enggan menghentikan kekejaman tentera negaranya terhadap etnik minoriti Rohingya Islam.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi menjadi orang pertama yang dilucutkan warganegara kehormat Kanada kerana enggan menghentikan kekejaman tentera negaranya terhadap etnik minoriti Rohingya Islam.

Tindakan itu dibuat secara ras­mi selepas anggota Senat me­ngundi untuk membatalkan secara simbolik keistimewaannya itu.

Dewan Rakyat juga telah meluluskan usul itu berkuat kuasa minggu lalu.

Dewan Rakyat memberikan keistimewaan tersebut kepada Suu Kyi pada 2017 namun reputasinya tercalar berikutan keengganannya mendesak tentera Myanmar menamatkan kekejaman terhadap etnik Rohingya.

Penggubal undang-undang Kanada menggambarkan keganasan terhadap Rohingya sebagai pembunuhan beramai-ramai dalam resolusi yang diluluskan September lalu.

Sementara itu, Pakar Undang-Undang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menyuarakan kebimbangan terhadap rancangan India untuk menghantar pulang tujuh Rohingya ke Myanmar.

Kesemua mereka ditahan di sebuah penjara di negeri Assam atas tuduhan memasuki India secara haram dan akan dihantar pulang hari ini, menurut pelapor Khas PBB berkaitan perkauman, Tendayi Achiume.

“Melihat identiti mereka, ini adalah penolakan terhadap hak untuk mendapatkan perlindungan dan boleh menjadi orang bu­angan,” kata profesor undang-undang itu dalam satu kenyataan.

Achiume berkata, New Delhi diwajibkan merujuk Rohingya di bawah jagaannya kepada agensi pelarian PBB untuk menilai keperluan perlindungan mereka. – AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky