Badan Pemikir: Cari Punca Umat Islam Terpesong Akidah

  • News Code : 846900
  • Source : Free Malaysia Today
Brief

Sebuah badan pemikir menggesa kerajaan dan pihak berkuasa agama mencari punca umat Islam menyimpang daripada akidah mereka, susulan dakwaan acara anjuran Kelab Atheist Republic Kuala Lumpur disertai umat Islam, baru-baru ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sebuah badan pemikir menggesa kerajaan dan pihak berkuasa agama mencari punca umat Islam menyimpang daripada akidah mereka, susulan dakwaan acara anjuran Kelab Atheist Republic Kuala Lumpur disertai umat Islam, baru-baru ini.

Pengarah Islamic Renaissance Front (IRF), Dr Ahmad Farouk Musa mencadangkan beberapa punca termasuk ajaran Islam bersifat dogmatik, agama ditadbir dengan cara yang kelihatan seperti menindas dan cara tegar guru agama mendekati subjek itu.

“Jika masalah itu disebabkan cara Islam diwakili pentadbiran semasa, maka kita perlu memikirkannya. Kerajaan dan pihak berkuasa agama perlu mengkaji diri mereka,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas kenyataan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan akan menyiasat jika terdapat umat Islam menyertai acara anjuran Kelab Atheist Republic Kuala Lumpur.

Timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, acara itu dianjurkan mereka yang tidak mempercayai tuhan dan tidak mempunyai pegangan agama, minggu lalu.

Bagaimanapun, Farouk berkata, pegangan agama ialah sesuatu antara manusia dan tuhan.

“Saya tidak nampak sebarang kewajaran untuk sesebuah negeri campur tangan dalam kepercayaan seseorang.”

Aktivis itu mengingatkan kerajaan dan pihak berkuasa Islam yang tiada paksaan dalam Islam.

Sementara itu, Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menyarankan individu terbabit ateisme untuk dipelawa menyertai sebuah sesi dialog.

“Tidak kira apa kepercayaan anda, ateisme tidak boleh diterima. Ia tidak boleh dianggap kepercayaan jika mereka tiada sebarang pegangan. Pihak berkuasa perlu campur tangan sekiranya kepercayaan itu menjejaskan kehidupan umat Islam dan mula disebarluaskan,” katanya.

Oleh: Nurul Ain Huda


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram