Baitulmaqdis: Hadi Terus Mengecam Persekongkolan Arab-Israel

Baitulmaqdis: Hadi Terus Mengecam Persekongkolan Arab-Israel

Datuk Seri Abdul Hadi Awang meneruskan kecaman terhadap sesetengah pemimpin negara Arab yang mengabaikan rakyat Palestin dan bersekongkol dengan Israel yang mahu mengambil kota suci Baitulmaqdis.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Datuk Seri Abdul Hadi Awang meneruskan kecaman terhadap sesetengah pemimpin negara Arab yang mengabaikan rakyat Palestin dan bersekongkol dengan Israel yang mahu mengambil kota suci Baitulmaqdis.

Naib ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia itu mengecam Arab “kaya raya tapi miskin jiwa” yang cuba memujuk Palestin dengan wang untuk menyerahkan Baitulmaqdis kepada Israel.

“Orang Islam mesti menyedari Baitulmaqdis milik umat Islam. Tawaran berbilion dolar kepada pemimpin Palestin tapi sejahil orang Islam, mereka tidak menerimanya dan tidak mudah tunduk kepada Israel,” katanya kepada ribuan yang menghadiri Himpunan Munajat MyAqsa di Dataran Putrajaya semalam.

Acara semalam bersempena Persidangan Meja Bulat Ulama Islam Sedunia Mengenai Baitulmaqdis di Hotel Pullman, yang menghimpunkan lebih 100 ulama dari 30 negara bermula 26 Januari da berakhir hari ini bagi membincangkan resolusi yang akan diangkat menjadi fatwa untuk ketua-ketua negara-negara Islam dalam isu Baitulmaqdis.

Persidangan ini rentetan daripada langkah Amerika Syarikat mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel 6 Disember tahun lepas. Pengumuman mendorong Presiden Palestin Mahmoud Abbas mengisytiharkan usaha damai “Perjanjian Oslo sudah mati”.

Arab Saudi turut mengecam langkah Presiden AS Donald Trump, namun media antarabangsa memetik pegawai pihak berkuasa Palestin sebagai berkata Riyadh berusaha di belakang tabir mendesak mereka menyokong “pelan damai” Trump.

Trump dilaporkan berkata pelan damai Israel-Palestin yang terhalang kerana kerumitan isu Baitulmaqdis kini boleh diteruskan apabila ia “diketepikan” daripada meja rundingan selepas pengisytiharaan AS.

Israel menuntut keseluruhan Baitulmaqdis sebagai ibu negara mereka, sementara Palestin menuntut kawasan timur kota itu sebagai ibu negara sebuah negara Palestin merdeka. Kota tersebut dianggap suci oleh penganut Islam, Kristian dan Yahudi.

“Kita tidak akan tutup bantuan untuk Palestin,” kata Hadi. “Ketahuilah Israel bahawa umat Islam kepalanya di Baitulmaqdis dan ekornya hingga ke Morocco, Indonesia dan Malaysia.”

Persidangan semalam dianjurkan secara bersama oleh Yayasan MyAqsa, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Kesatuan Ulama Palestin Diaspora dan Kesatuan Ulama Islam Sedunia.

Resolusi persidangan itu akan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sejurus selepas sidang berakhir hari ini.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram