Bangladesh Tetapkan Jun Hantar Pelarian Rohingya Ke Pulau

Bangladesh Tetapkan Jun Hantar Pelarian Rohingya Ke Pulau

Bangladesh akan mula memindahkan kira-kira 100,000 pelarian Rohingya ke sebuah pulau terpencil, Bhashan Char di Teluk Bengal, pada minggu pertama Jun ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Bangladesh akan mula memindahkan kira-kira 100,000 pelarian Rohingya ke sebuah pulau terpencil, Bhashan Char di Teluk Bengal, pada minggu pertama Jun ini.

Setiausaha Pengurusan Bencana Bangladesh, Shah Kamal berkata, kem perlindungan untuk 50,000 pelarian telahpun dibina di pulau itu yang hanya diketahui kewujudannya pada 2006.

Kem pelarian lain dijangka akan siap sepenuhnya dalam tempoh dua bulan lagi.

Projek pemindahan pelarian itu mendapat kritikan hebat sejak diusulkan pada 2015 berikutan pulau itu yang terdedah kepada keadaan cuaca yang melampau. - AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram