Bermain Dengan Api: Puluhan Ribu Enggan Tinggalkan Zon Bahaya Sekitar Gunung Berapi Di Bali

  • News Code : 870172
  • Source : Reuters
Brief

Puluhan ribu penduduk desa di pulau peranginan Bali enggan untuk mengosongkan zon berbahaya beradius 10 kilometer (atau 6 batu) dari sekitar Gunung Agung yang dijangka bakal meletus dengan meletakkan nasib mereka sepenuhnya di tangan Tuhan. Sebahagian daripada mereka juga memilih untuk berbuat demikian kerana ingin melindungi rumah dan ternakan masing-masing semata-mata.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Puluhan ribu penduduk desa di pulau peranginan Bali enggan untuk mengosongkan zon berbahaya beradius 10 kilometer (atau 6 batu) dari sekitar Gunung Agung yang dijangka bakal meletus dengan meletakkan nasib mereka sepenuhnya di tangan Tuhan. Sebahagian daripada mereka juga memilih untuk berbuat demikian kerana ingin melindungi rumah dan ternakan masing-masing semata-mata.

Gunung Agung yang mempunyai ketinggian 3,000 meter dianggap suci oleh kebanyakan penduduk yang kepulauan tersebut yang mempunyai majoriti warga beragama Hindu. Gunung itu mula memuntahkan abu sejak hujung minggu lalu disertai dengan gegaran berterusan dan aliran lumpur gunung berapi.

Pasukan mencari dan menyelamat yang berulang-alik setiap hari ke dalam zon berbahaya memaklumkan bahawa terdapat penduduk yang enggan meninggalkan lembu mereka tanpa pengawasan, sementara yang lain pula menyatakan alasan keagamaan sebagai sebab untuk tidak berpindah ke kawasan selamat.

"Kerajaan sudah mengeluarkan arahan jelas mengenai pemindahan. Akan tetapi, terdapat penduduk yang lambat bertindak atau bahkan mahu terus kekal berada di rumah mereka," kata Gede Ardana yang merupakan Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Bali.

"Kita tidak boleh memaksa mereka, namun kami akan bertanggungjawab. Jadi kami perlu meyakinkan mereka."

Pihak kerajaan turut mengeluarkan amaran melalui siaran radio, media sosial kepada warga awam dalam meningkatkan kesedaran mereka terhadap bahaya yang wujud.

Presiden Joko Widodo pada hari Rabu turut menggesa penduduk untuk meninggalkan zon bahaya sebelum terlambat.

"Sepatutnya tidak ada sebarang mangsa (akibat daripada insiden alam ini)," kata beliau - Reuters

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram