Enam Maut Insiden Keganasan Terbaharu Di Selatan Thailand

Enam Maut Insiden Keganasan Terbaharu Di Selatan Thailand

Wilayah bergolak selatan Thailand terus menyaksikan insiden keganasan dengan enam lagi penduduk tempatan terbunuh dalam dua kejadian tembakan berasingan bagi tempoh 24 jam di Yala dan Pattani.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Wilayah bergolak selatan Thailand terus menyaksikan insiden keganasan dengan enam lagi penduduk tempatan terbunuh dalam dua kejadian tembakan berasingan bagi tempoh 24 jam di Yala dan Pattani.

Kedua-dua insiden berdarah itu menyusuli pembunuhan Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pattani Adulej Cheknae serta empat lelaki yang sedang mendulang emas di Pattani serta Narathiwat, tiga hari lepas.

"Kesemua mangsa ditembak di badan dan kepala dari jarak dekat," kata Penolong Ketua Polis Daerah Banang Setar Kapt Zulkifli Rasak kepada pemberita di sini, hari ini.

Polis menemui beberapa kelongsong peluru senapang patah dan 5.56mm milik senapang M-16 di lokasi kejadian, katanya.

Menurut Zulkifli, mangsa maut itu dikenali sebagai Ibrahem Muset, 32,  Aranchai Dohet, 26, Usman Yusuf, 39, Furqan Raso, 25, dan Ahamad Muset, 33 tahun.

Katanya kesemua mangsa merupakan penduduk Kampung Tanah Putih, dan pihaknya masih menyiasat kes itu termasuk  mengenal pasti motif pembunuhan.

Dalam satu lagi kejadian pada 6 petang semalam di daerah Saiburi, Pattani, seorang wanita dikenali sebagai Yenah Abubakar, 48, mati akibat tembakan di bahagian kepala.

Mangsa yang merupakan isteri penghulu Mukim Trabon ditembak ketika sedang menjual juadah berbuka puasa di hadapan rumahnya, kata Penolong Ketua Polis daerah Saiburi Kapt Aniwat Khobpech.

"Dua lelaki turun dari motosikal dan menembak beliau. Mangsa dikejarkan ke hospital berdekatan tetapi meninggal dunia tidak lama kemudian,” katanya. - Bernama


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky