Erdogan Labelkan Pembunuhan Etnik Rohingya Sebagai Pembunuhan Beramai-Ramai

Erdogan Labelkan Pembunuhan Etnik Rohingya Sebagai Pembunuhan Beramai-Ramai

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menyifatkan pembunuhan ratusan jiwa yang berbangsa Rohingya di Myanmar susulan daripada keganasan terbaru yang meletus di negara Asia Tenggara tersebut sebagai sebuah tragedi "pembunuhan beramai-ramai."

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menyifatkan pembunuhan ratusan jiwa yang berbangsa Rohingya di Myanmar susulan daripada keganasan terbaru yang meletus di negara Asia Tenggara tersebut sebagai sebuah tragedi "pembunuhan beramai-ramai."

Hampir 400 orang terbunuh di negeri Rakhine yang terletak di Myanmar sejak tentera negara tersebut meningkatkan operasi ketenteraan mereka ke atas bangsa Rohingya pada minggu lepas. Tindakan itu mencetuskan keganasan yang terburuk sepanjang beberapa dekad ke atas etnik minoriti tersebut.

"Pembunuhan beramai-ramai berlaku di sana. Mereka terus berdiam-diri berhubung perkara ini... Kesemua pihak yang tidak menghiraukan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan di bawah hijab demokrasi itu turut bertanggungjawab ke atas jenayah ini," kata Erdogan di Istanbul pada hari Jumaat.

Presiden Turki itu turut berkata bahawa isu tersebut akan dibincangkan secara terperinci di dalam sidang Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang akan berlangsung pada pertengahan September ini di New York.

Komen Erdogan itu dibuat setelah Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Antonio Guterres menyeru angkatan tentera Myanmar untuk berkendur sambil memberi amaran bahawa "mala petaka kemanusiaan" sedang menghampiri kawasan barat negara tersebut.

Etnik Muslim Rohingya merupakan sebuah komuniti yang terdiri daripada sejuta lebih anggota telah dinafikan hak kewarganegaraan dan perkara lain memandangkan negara Myanmar menganggap mereka sebagai penceroboh dari negara Bangladesh. Kaum Rohingya menolak keras dakwaan tersebut dan berkata bahawa mereka telah mendiami kawasan itu sejak berdekad-dekad dahulu.

Pelampau Buddha telah mencetuskan keganasan berkumpulan di Rakhine sejak tahun 2012. Ratusan telah dibunuh dan puluhan ribu yang lain telah dihalau keluar dari kampung halaman mereka berikutan keganasan tersebut.

PBB percaya bahawa kerajaan Myanmar mungkin telah melancarkan pembersihan etnik dan melakukan jenayah kemanusiaan di dalam menangani isu Rohingya. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram