Gabenor Aceh Terbabit Rasuah Ditahan

Gabenor Aceh Terbabit Rasuah Ditahan

Gabenor Aceh, Irwandi Yusuf diberkas pihak berkuasa Indonesia, kelmarin kerana didakwa terlibat dengan amalan rasuah.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Gabenor Aceh, Irwandi Yusuf diberkas pihak berkuasa Indonesia, kelmarin kerana didakwa terlibat dengan amalan rasuah.

Sumber dari Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK) memberitahu, tangkapan ke atas Irwandi ada kaitan dengan penyelewengan dana khas autonomi.

Selain Irwandi, KPK turun menahan beberapa individu lain termasuk orang kanannya, Datuk Bandar Bener Meriah, Ahmadi .

Ahmadi diberkas pegawai KPK ketika cuba menyerahkan bungkusan wang kepada seorang individu di tempat awam.

“KPK telah menahan 10 individu termasuk dua pegawai wilayah di Aceh,” kata jurucakap KPK, Febri.  - Tempo


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky