Gautama Buddha Pasti Bantu Umat Islam Rohingya, Kata Dalai Lama

  • News Code : 853727
  • Source : Free Malaysia Today
Brief

Pemimpin kerohanian Buddha dari Tibet, Dalai Lama berkata Gautama Buddha sekiranya masih hidup akan membantu umat Islam Rohingya di Myanmar yang kini dipaksa menjadi pelarian susulan kempen ketenteraan di wilayah bergolak Rakhine.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin kerohanian Buddha dari Tibet, Dalai Lama berkata Gautama Buddha sekiranya masih hidup akan membantu umat Islam Rohingya di Myanmar yang kini dipaksa menjadi pelarian susulan kempen ketenteraan di wilayah bergolak Rakhine.

Beliau merupakan seorang lagi penerima anugerah keamanan Nobel yang bersuara membantah kekerasan di Myanmar, yang menyaksikan ratusan ribu penduduk Rohingya melarikan diri ke sempadan Bangladesh.

“Mereka yang menyerang umat Islam, perlu mengingati Buddha,” kata sami itu yang hidup dalam buangan di India, menjawab soalan wartawan yang bertanya beliau mengenai krisis itu Jumaat lalu.

“Buddha sudah tentu akan menolong umat Islam yang teraniaya itu. Amat sedih.”

Myanmar merupakan negara majoriti Buddha, dan kerajaan Yangon selama beberapa dekad menafikan kewarganegaraan kepada penduduk Rohingya, masyarakat yang dilabel sebagai “pendatang Benggali” oleh pemimpin kerajaan.

Pihak nasionalis beragama Buddha dibantu oleh sami radikal untuk sekian lama menjalankan kempen menggesa pengusiran penduduk Rohingya daripada Myanmar.

Pelbagai pihak turut meyelar pemimpin demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi kerana membisu mengenai kekerasan terhadap penduduk Rohingya.

Suu Kyi yang merupakan penerima pingat Nobel turut dikritik Malala Yousafzai dan Desmond Tutu, 2 penerima pingat Nobel dari Pakistan dan Afrika Selatan.  -AFP




Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram