Gunung Berapi Mayon Muntahkan Lava

Gunung Berapi Mayon Muntahkan Lava

Gunung berapi Mayon yang paling aktif di Filipina dilaporkan mula memuntahkan lava berwarna merah, kepulan asap dan abu pada hari ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Gunung berapi Mayon yang paling aktif di Filipina dilaporkan mula memuntahkan lava berwarna merah, kepulan asap dan abu pada hari ini.

Letusan terbaharu itu memberi kesan kepada 74,000 penduduk yang tinggal berhampiran gunung.

Susulan itu, satu lagi tahap amaran berbahaya dikeluarkan sejak minggu lalu berikutan letusan yang boleh berlaku lagi.

Mayon yang aktif sejak minggu lalu mengeluarkan abu dan asap capai ketinggian kira-kira lima tiga meter ke udara.

Tiada kecederaan dilaporkan dan pasukan keselamatan berusaha membantu para penduduk dan pelancong keluar dari zon berbahaya.

Sementara itu, Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina meramalkan letusan gunung berapi Mayon berlarutan sehingga dua ke empat bulan.

Kali terakhir Mayon meletus pada Mei 2013 mengakibatkan empat pendaki Eropah terkorban.


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
We are All Zakzaky