'Hero Palu' Selamatkan Ratusan Nyawa

'Hero Palu' Selamatkan Ratusan Nyawa

Seorang pengawal trafik udara diangkat sebagai hero kerana sanggup mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan ratusan nyawa ketika gempa berkekuatan 7.5 menggegar lapangan terbang Palu, kelmarin.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang pengawal trafik udara diangkat sebagai hero kerana sanggup mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan ratusan nyawa ketika gempa berkekuatan 7.5 menggegar lapangan terbang Palu, kelmarin.

Anthonius Gunawan Agung, 21, kekal berada di menara kawalan walaupun rakan sekerjanya lari bertempiaran meninggalkan bangunan itu selepas berlaku goncangan kuat.

Gegaran tersebut telah menyebabkan rekahan besar di landasan yang mana ketika itu sebuah pesawat membawa ratusan penumpang sedang bersedia untuk berlepas.

Anthonius tidak menghiraukan keselamatannya dan dia terus membantu pesawat 6321 Batik Air berlepas dengan selamat.

Dia kemudiannya melompat dari tingkat empat selepas bangunan tersebut terus bergoncang seperti mahu runtuh.

Lelaki berani itu bagaimanapun mengalami kecederaan dalaman dan patah kaki.

Sebuah helikopter dikerah untuk membawanya ke hospital untuk rawatan pakar, namun Anthonius meninggal dunia sebelum helikopter tiba.

Dia yang akan menyambut ulang tahun ke-22 pada 24 Oktober depan diberi penghormatan terakhir oleh tentera dan pangkatnya turut dinaikkan sebagai menghargai pengorbanannya. - The Mirror


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky