India Minta Pulang Zakir Naik 'Tak Lama Lagi"

  • News Code : 865855
  • Source : Free Malaysia Today
Brief

Kerajaan India kini di peringkat akhir proses perundangannya untuk mengekstradisi pendakwah kontroversi Dr Zakir Naik dan akan mengemukakan permintaan rasmi kepada Malaysia tidak lama lagi.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kerajaan India kini di peringkat akhir proses perundangannya untuk mengekstradisi pendakwah kontroversi Dr Zakir Naik dan akan mengemukakan permintaan rasmi kepada Malaysia tidak lama lagi.

The Hindustan Times memetik jurucakap Kementerian Luar India, Raveesh Kumar berkata proses dalaman untuk ekstradisi Naik sedang dilakukan.

“Permintaan rasmi untuk bantuan daripada kerajaan asing dalam kes itu memerlukan proses undang-undang. Kami hampir menyelesaikan proses tersebut.

“Tidak lama lagi permintaan rasmi akan dibuat kepada kerajaan Malaysia,” katanya.

Naik didakwa di bawah Akta Kegiatan Menyalahi Undang-Undang (Pencegahan) atas tuduhan pengubahan wang dan didakwa menghasut belia melakukan keganasan dan menyertai kumpulan pengganas global seperti IS.

NIA berkata beliau juga “sengaja menghina” kepercayaan agama Hindu, Kristian dan aliran Islam seperti Syiah, Sufi dan Barelvi, dan ucapannya mempengaruhi rekrut kepada perjuangan IS.

NGO milik Naik yang berpangkalan di Mumbai, Yayasan Penyelidikan Islam (IRF) turut diharamkan oleh kerajaan India pada 2016.

Ia dikatakan berkomplot dengan Naik untuk mempromosikan permusuhan dan kebencian antara kumpulan agama yang berbeza, menghina agama yang berbeza dan fahaman Islam yang tidak sealiran dengan Wahabi.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram