Jenayah Ke Atas Rohingya Adalah Plot Terancang Zionis: Velayati

  • News Code : 853341
  • Source : ABNA24
Brief

Seorang pegawai kanan Iran telah mengecam tindakan kejam yang dilakukan secara berterusan ke atas etnik Rohingya di Myanmar sambil mengatakan bahawa masyarakat Islam tersebut sebenarnya menderita akibat jenayah terancang rejim Israel.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang pegawai kanan Iran telah mengecam tindakan kejam yang dilakukan secara berterusan ke atas etnik Rohingya di Myanmar sambil mengatakan bahawa masyarakat Islam tersebut sebenarnya menderita akibat jenayah terancang rejim Israel.

"Plot rejim Zionis untuk membersihkan imej mereka sebagai pembunuh kanak-kanak dan (rejim yang) kejam (dilaksanakan) dengan mempromosikan budaya kekejaman dan penindasan terhadap kanak-kanak, orang tua serta orang yang tidak bersalah. Perkara yang dilakukan dengan secara terkoordinasi bersama dengan kerajaan Myanmar itu menunjukkan (kepada dunia) perihal kejahatan yang mengerikan serta terancang ke atas kaum Muslim Rohingya yang tertindas," kata Ali Akbar Velayati, setiausaha agung Majlis Kebangkitan Islam Sedunia, dalam sebuah kenyataan yang dibuat pada hari Sabtu.

Beliau juga memberi amaran bahawa "plot yang dilaksanakan secara teratur oleh Zionisme antarabangsa" akan berakhir dengan pembunuhan beramai-ramai ke atas umat Islam, penindasan, pelarian, pembersihan etnik, peningkatan sentimen perkauman serta menyumbang kepada ketidakstabilan serantau.

Selain daripada itu, Velayati turut berkata bahwa setiapa badan antarabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Pertubuhan Pemantau Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) serta setiap negara di seluruh dunia memikul tanggungjawab yang berat untuk memahami plot yang terancang itu.

Velayati yang juga merupakan penasihat kanan Pemimpin Revolusi Islam, Ayatollah Seyyed Ali Khamenei berhubung hal ehwal antarabangsa menggesa setiap pihak untuk mengambil langkah yang "pantas dan berkesan" untuk mencegah kekacauan seperti itu sekaligus dan membawa pelaku jenayah ke muka pengadilan.

Mereka juga perlu meringankan kesengsaraan orang-orang teraniaya di rantau ini dengan menghantar pasukan pencari fakta untuk segera menyiasat situasi di sana, menghantar bantuan kemanusiaan serta mengurus isu pelarian dengan betul, kata pegawai kanan Iran itu lagi.-ABNA24

/315





Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram