Jokowi Beri Amaran Perangi Habis-Habisan Ucapan Kebencian

  • News Code : 830547
  • Source : freemalaysiatoday
Brief

Presiden Joko Widodo mengarahkan polis dan tentera Indonesia mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menyebarkan ucapan yang berbaur kebencian dan provokatif.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Joko Widodo mengarahkan polis dan tentera Indonesia mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menyebarkan ucapan yang berbaur kebencian dan provokatif.

“Saya guna perkataan ‘pukul’. Jika saya cakap ‘tarik telinga,’ orang akan berfikir kerajaan tidak cukup berani,” kata Jokowi dipetik Jakarta Globe.

Amaran itu di sebalik kempen pilihan raya gabenor Jakarta baru-baru ini yang menyaksikan kempen memainkan sentimen agama.

Jokowi berkata rakyat berbilang agama dan etnik di Indonesia perlu mempertahankan kebebasan bersuara dan agama yang berlandaskan perlembagaan dan prinsip Pancasila.

Beliau juga meminta orang ramai menghentikan segala penghinaan terhadap sebarang kumpulan agama atau etnik dan berusaha untuk menyelesaikan perbezaan yang timbul secara aman.

“Jangan menghina satu sama lain, kerana kita adalah bersaudara,” katanya.

“Jangan melawan satu sama lain, kerana kita hanya membazir tenaga kita untuk perkara yang tidak bermanfaat.” -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

We are All Zakzaky
Telegram