Kecam AS Iktiraf Baitulmuqaddis Ibu Negara Israel

  • News Code : 871426
  • Source : Bernama
Brief

Indonesia hari ini mengecam tindakan Amerika Syarikat untuk mengiktiraf Baitulmuqqadis sebagai ibu negara Israel.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Indonesia hari ini mengecam tindakan Amerika Syarikat untuk mengiktiraf Baitulmuqqadis sebagai ibu negara Israel.

Presiden Indonesia Joko Widodo berkata Indonesia mahu Amerika Syarikat menimbangkan semula keputusan itu kerana ia akan memberi kesan buruk kepada keamanan dan kestabilan di Palestin.

"(Indonesia) Mengecam keras pengakuan Amerika Syarikat terhadap Yerusalem (Baitulmuqqadis) sebagai ibu kota Israel dan meminta Amerika Syarikat mempertimbangkan kembali keputusan tersebut," kata Jokowi, dipetik dalam laporan Agensi Berita Antara.

Jokowi berkata rakyat Indonesia sentiasa konsisten dalam memberi sokongan terhadap kemerdekaan Palestin.

"Saya dan rakyat Indonesia, kita semuanya tetap konsisten untuk terus bersama dengan rakyat Palestin dalam memperjuangkan kemerdekaan dan hak-hak rakyat Palestin," katanya. –Bernama


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram