Ketua Tentera Myanmar Dituduh Laksana Jenayah Kemanusiaan

Ketua Tentera Myanmar Dituduh Laksana Jenayah Kemanusiaan

Pemerintah tentera Myanmar dan beberapa pegawai atasan lain dituduh melakukan jenayah kemanusiaan susulan serangan 'terancang' ke atas etnik Islam Rohingya, selaras dengan laporan dibentangkan Amnesty Antarabangsa yang turut mendesak mereka didakwa di Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemerintah tentera Myanmar dan beberapa pegawai atasan lain dituduh melakukan jenayah kemanusiaan susulan serangan 'terancang' ke atas etnik Islam Rohingya, selaras dengan laporan dibentangkan Amnesty Antarabangsa yang turut mendesak mereka didakwa di Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Lebih daripada 700,000 penduduk Rohingya terpaksa melarikan diri ke Bangladesh selepas operasi besar-besaran pihak tentera yang disifatkan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) sebagai penghapusan etnik.

Tentera Myanmar menafikan menjadikan etnik minoriti itu sebagai sasaran dan mendakwa, hanya mempertahankan diri dari militan Islam yang menyerang pos kawalan polis pada Ogos tahun lalu.

"Penghapusan etnik penduduk Rohingya dilaksanakan menerusi kempen kejam dan terancang, membabitkan pembunuhan ribuan penduduk Rohingya termasuk kanak-kanak oleh pasukan keselamatan," kata laporan berkenaan.

Laporan itu juga mendakwa, pasukan keselamatan turut bertanggungjawab melakukan keganasan seksual, menyeksa, mengusir dan membakar pasar serta ladang hingga menyebabkan penduduk kebuluran sebelum bertindak melarikan diri.

"Jenayah ini menyamai jenayah kemanusiaan di bawah undang-undang antarabangsa kerana mereka terbabit secara langsung dalam serangan teranang ke atas etnik Rohingya," kata laporan itu lagi. - AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky