Kotak Hitam Lion Air Mungkin Ditemui

Kotak Hitam Lion Air Mungkin Ditemui

Pasukan mencari dan menyelamat Indonesia mempunyai petunjuk kuat bahawa bunyi dalam air yang mereka dengar adalah daripada kotak hitam pesawat penumpang Lion Air yang terhempas bersama 189 orang, minggu ini, kata ketua tentera negara itu, hari ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pasukan mencari dan menyelamat Indonesia mempunyai petunjuk kuat bahawa bunyi dalam air yang mereka dengar adalah daripada kotak hitam pesawat penumpang Lion Air yang terhempas bersama 189 orang, minggu ini, kata ketua tentera negara itu, hari ini.

Ketua tentera, Hadi Tjahjanto memaklumkan kepada pemberita bahawa penyelam sudah memeriksa lokasi terbabit, namun mereka berdepan kesukaran dengan arus deras.

“Kami berharap untuk melabuhkan sauh, malam ini dan menghantar jentera dalam air tanpa pemandu (ROV) sekali lagi.

“Saya pasti kita akan menemui kotak hitam dengan petunjuk kukuh ini. Bahagian utama pesawat tidak jauh dari sini,” kata Tjahjanto. - Reuters


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky