Krisis Politik Saudi Tak Jejas Pusat Lawan Keganasan Di Malaysia

  • News Code : 866584
  • Source : Free Malaysia Today
Brief

Hanya Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman, akan melancarkan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) yang dinamakan sempena bapanya, Raja Salman Abdul Aziz, kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Hanya Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman, akan melancarkan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) yang dinamakan sempena bapanya, Raja Salman Abdul Aziz, kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

“Kita tunggu Putera Mahkota Mohammed… tiada masalah,” katanya ketika ditanya sama ada krisis politik di Arab Saudi yang menyaksikan penangkapan beramai-ramai kerabat diraja dan tokoh berpengaruh awal bulan ini tidak akan mengganggu pelancaran pusat itu.

Hishammuddin tidak menyatakan tarikh khusus untuk melancarkan KSCIP.

KSCIP diilhamkan susulan kunjungan Raja Salman ke Malaysia pada Mac lalu sebagai usaha melawan pengaruh IS.

Hishammuddin berkata krisis di Arab Saudi, yang dilihat sebagai usaha Putera Mohammed untuk memperkuatkan pengaruhnya sebelum menaiki takhta, tidak akan menjejaskan pelancaran KSCIP.

“Saya rasa agenda kita dalam naratif berdepan IS tidak bermusim. Kita akan teruskan dengan apa yang dirancang. Pelancarannya saya dah minta Mohammed datang sendiri untuk melancarkannya,” kata Hishammuddin.

Minggu lalu, FMT melaporkan butiran mengenai KSCIP masih samar walaupun selepas 4 bulan ia diumumkan kerajaan.

Antara yang terlibat dalam penubuhan KSCIP ialah Kementerian Pendidikan Tinggi melalui Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) yang akan bekerjasama dengan sebuah institut di bawah Kementerian Pertahanan Arab Saudi, Markaz Harb Fikriah (Pusat Peperangan Ideologi).

Turut terlibat ialah Rabitah Alam Al-Islami (Liga Muslim Dunia), sebuah pertubuhan yang aktif dalam kegiatan dakwah di seluruh dunia, tetapi mengundang kontroversi berkaitan dengan menyebarkan fahaman Wahabi, aliran Islam yang menjadi pegangan pihak berkuasa Arab Saudi untuk sekian lama.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram