Mangsa Gempa Di Lombok, Sumbawa Masih Perlu Bantuan

Mangsa Gempa Di Lombok, Sumbawa Masih Perlu Bantuan

Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (BNPB) berkata ribuan mangsa gempa bumi di Lombok dan Sumbawa masih memerlukan bantuan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (BNPB) berkata ribuan mangsa gempa bumi di Lombok dan Sumbawa masih memerlukan bantuan.

Jurucakap BNPB, Sutopo Purwo Nugroho berkata makanan dan air bersih antara bantuan yang perlu dihantar segera ke kawasan terjejas gempa.

"Selain itu selimut, kelambu dan khemah juga perlu dihantar ke Lombok dan Sumbawa," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Sutopo berkata BNPB dan pihak berkaitan akan mempercepatkan kerja-kerja baik pulih kediaman penduduk yang rosak selain membina lebih banyak khemah sementara bagi keselesaan mangsa gempa.

Berdasarkan data terkini, jumlah keseluruhan mangsa yang terjejas akibat gempa Lombok berjumlah 445,343 orang. - Agensi


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky