Militan Asing Didakwa ‘Tunggu Masa’ Lancar Serangan

Militan Asing Didakwa ‘Tunggu Masa’ Lancar Serangan

Anggota militan asing dilaporkan masih ‘bersembunyi’ di kepulauan Mindanao dan menunggu masa untuk melancarkan serangan baharu meskipun kumpulan pengganas Daesh gagal meluaskan pengaruh mereka di bandar Marawi, selatan Filpina tahun lalu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Anggota militan asing dilaporkan masih ‘bersembunyi’ di kepulauan Mindanao dan menunggu masa untuk melancarkan serangan baharu meskipun kumpulan pengganas Daesh gagal meluaskan pengaruh mereka di bandar Marawi, selatan Filpina tahun lalu.

Lapor portal Asia Times yang memetik penganalisis keselamatan dan pegawai tentera sebagai berkata, sekurang-kurangnya 100 anggota militan asing sedang bergabung dengan kumpulan bersenjata tempatan yang menyatakan taat setia kepada Daesh.

Pengerusi Institut untuk Penyelidikan Keamanan, Keganasan dan Pengganas, Rommel Banlaoi berkata, militan asing kini menyusup masuk ke Mindanao dan situasi menjadi ‘semakin buruk’.

Kenyataan dikeluarkan oleh Banlaoi adalah berdasarkan maklumat yang dikumpul sejak beberapa bulan lalu daripada agensi keselamatan tempatan.

“Kemasukan militan asing ke Filipina masih berterusan meskipun Marawi dibebaskan daripada ancaman Daesh,” katanya.

Tambah beliau, sekurang-kurangnya 60 orang telah dikenal pasti identiti mereka manakala 30 lagi gagal disahkan.

Jumlah itu adalah lebih tinggi berbanding laporan unit perisikan Tentera Darat Filipina sebelum ini iaitu 48 orang pada Januari lalu.

Lebih 350,000 penduduk tempatan kehilangan tempat tinggal dalam pertempuran di Marawi pada Mei tahun lalu, sehingga memaksa Presiden Rodrigo Duterte melaksanakan undang-undang tentera.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky