Misuari Puji Duterte, Bukan Macam Yang Lain ‘Pakat Dengan Malaysia’

  • News Code : 855645
  • Source : Free Malaysia Today
Brief

Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Nur Misuari menyatakan kesediaannya menangani kumpulan Maute yang dikaitkan dengan IS di Marawi, sambil memuji Presiden Rodrigo Duterte sebagai orang yang boleh membawa keamanan di selatan Filipina yang bergolak semenjak berdekad.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Nur Misuari menyatakan kesediaannya menangani kumpulan Maute yang dikaitkan dengan IS di Marawi, sambil memuji Presiden Rodrigo Duterte sebagai orang yang boleh membawa keamanan di selatan Filipina yang bergolak semenjak berdekad.

Dalam temubual eksklusif dengan Arab News, pemimpin veteran Mindanao itu turut menawarkan pejuang MNLF untuk membantu Duterte mengalahkan kumpulan pengganas.

Katanya, krisis di Marawi adalah peluang MNLF menunjukkan keberanian dalam membantu kerajaan memulihkan keamanan di Mindanao.

Misuari berkata beliau yakin mengenai proses damai di bawah pentadbiran Duterte yang juga berasal dari Mindanao yang mempunyai penduduk Islam yang ramai.

“Dengan presiden ini, ia mungkin sesuatu perkara yang berbeza. Presiden berasal dari Mindanao, saya fikir dia memahami kita lebih baik berbanding presiden sebelum ini. Yang lain (pentadbiran), mereka hanya ingin menjatuhkan kita, berkomplot dengan Malaysia,” katanya.

Misuari yang pernah dilantik sebagai gabenor wilayah autonomi Mindanao pernah melarikan diri ke Malaysia selepas pentadbirannya dijatuhkan pada 2001.

Bagaimanapun, kerajaan di bawah Tun Dr Mahathir Mohamad ketika itu menolak permohonan suaka politik oleh beliau, sebaliknya menghantar beliau pulang ke Filipina.

Tahun lalu, Misuari menuduh Malaysia di belakang siri peristiwa tebusan di Pulau Sipadan sejak tahun 2000.

Misuari berkata perjuangannya akan mencapai setengah abad dan beliau berharap dapat meraikannya menerusi keamanan di wilayah itu.

“Kita tidak boleh berhenti di tengah-tengah.

“Saya memberitahu presiden… tidak perlu menggunakan kereta kebal, pengebom, meriam, mortar. Kita akan berganding bahu menanganinya bersama-sama,” kata Misuari sambil menambah beliau mahu menghalang kemusnahan infrastruktur Marawi.

Ditanya apa yang berlaku jika rundingan itu gagal, Misuari menjawab: “Nampaknya, logik kegagalan adalah peperangan.”

Oleh: FMT Reporters


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram