M'sia Tegaskan Lagi: Lelaki Itu Memang Jong-Nam

  • News Code : 818004
  • Source : MalaysiaKini
Brief

Kerajaan hari ini mengesahkan, identiti lelaki warga Korea Utara yang dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (KLIA2) pada bulan lalu ditentukan melalui sampel diberi anak si mati.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kerajaan hari ini mengesahkan, identiti lelaki warga Korea Utara yang dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (KLIA2) pada bulan lalu ditentukan melalui sampel diberi anak si mati.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata melalui prosedur forensik dan DNA, lelaki terbabit - yang menggunakan nama Kim Chol pada pasportnya - disahkan Kim Jong-nam.

"Saya sekali lagi ingin mengesahkan bahawa mayat itu adalah mayat Kim Jong-nam," katanya kepada media selepas mengadakan lawatan di KLIA di Sepang hari ini.

Kenyataan itu sekaligus menyanggah pendirian Pyongyang yang sebelum ini mendakwa lelaki terbabit bukanlah Jong-nam.

Pendirian itu dinyatakan Duta Korea Utara ke PBB, Kim In-ryong, ketika menjawab soalan pada sidang media di New York pada 13 Mac lalu.

Dalam kenyataannya In-ryong turut menyalahkan AS dan Korea Selatan atas pembunuhan lelaki terbabit.

Kata In-ryong, kes pembunuhan itu adalah "produk kepada langkah melulu pihak berkuasa AS dan Korea Selatan bertujuan mencemar imej dan maruah" Korea Utara serta "meruntuhkan sistem sosialis".

Sebelum ini Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, sudah membuat kenyataan rasmi mengesahkan identiti Jong-nam.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan kaedah digunakan pihak berkuasa negara ini bagi membuat pengesahan berkenaan.

Kata Ahmad Zahid, sampel daripada anak Jong-nam telah diletakkan mengikut prosedur yang sepatutnya


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram