Musim Sejuk Ancam Kanak-Kanak Rohingya

  • News Code : 871166
  • Source : Berita Harian
Brief

Kebanyakan doktor di Bangladesh memberi amaran berlaku peningkatan mendadak jumlah kanak-kanak Rohingya menghidap radang paru-paru.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kebanyakan doktor di Bangladesh memberi amaran berlaku peningkatan mendadak jumlah kanak-kanak Rohingya menghidap radang paru-paru.

Ketibaan musim sejuk di tenggara Bangladesh menyebabkan ratusan ribu pelarian Rohingya di kem yang penuh sesak kesejukan.

Sukarelawan bergegas untuk mengedarkan selimut kepada kebanyakan keluarga yang berlindung di kawasan yang agak terbuka.

Pasukan perubatan yang mengendalikan hospital dan klinik di sini, melaporkan berlaku peningkatan yang tinggi jumlah pesakit yang jatuh sakit kerana keadaan itu.

"Jumlah pesakit yang sakit disebabkan musim sejuk meningkat lima kali ganda sejak minggu lalu. Kebanyakannya kanak-kanak yang menghidap radang paru-paru," kata doktor di hospital tempatan di Teknaf, Zakaria Mahmud.

Mahmud berkata, hospital ketika ini sangat sesak dengan orang ramai yang menunggu terpaksa baring di lantai wad untuk mendapatkan rawatan.

Katanya, kanak-kanak sangat terdedah kepada keadaan sejuk kerana mereka tidak mempunyai pakaian yang sesuai untuk melindungi badan daripada cuaca sejuk pada waktu malam.

Pada waktu malam suhu di Cox Bazar boleh turun sehingga 14 darjah Celsius, tidak mampu untuk membekukan tetapi cukup memberi ujian sejuk kepada pelarian terutamanya kanak-kanak. - AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram