Myanmar Benarkan PBB Masuk Ke Rakhine

Myanmar Benarkan PBB Masuk Ke Rakhine

Kerajaan Myanmar, semalam bersetuju memberikan akses kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memasuki negeri Rakhine yang dilanda krisis selepas beberapa bulan berbalah berhubung cara menghantar pulang ratusan ribu pelarian Islam Rohingya.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kerajaan Myanmar, semalam bersetuju memberikan akses kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memasuki negeri Rakhine yang dilanda krisis selepas beberapa bulan berbalah berhubung cara menghantar pulang ratusan ribu pelarian Islam Rohingya.

Negeri di barat Myanmar itu dikepung selepas kempen dilakukan tentera tahun lalu yang memaksa kira-kira 700,000 etnik Rohingya melarikan diri ke Bangladesh yang kini menjadi kem pelarian terbesar dunia.

Amerika Syarikat dan PBB menyifatkan tindakan itu sebagai pembersihan etnik manakala tentera berkata ia memerangi militan Rohingya.

Myanmar dan Bangladesh menandatangani perjanjian penghantaran pulang pada November lalu tetapi setakat ini cuma beberapa puluh pelarian kembali, dengan majoriti minoriti itu enggan pulang kecuali keselamatan dan kerakyatan mereka dijamin.

PBB berkata, keadaan di Rakhine tidak cukup untuk kepulangan selamat, secara sukarela dan terhormat, tetapi deraf perjanjian semalam membenarkan agensi itu mendapat akses ke Rakhine 'termasuk tempat asal pelarian dan kawasan kemungkinan mereka akan ditempatkan' yang tidak dibenarkan sejak keganasan bermula pada Og0s 2017.

Akses juga membolehkan agensi pelarian PBB menilai keadaan dan melakukan aktiviti perlindungan, tambahnya tanpa mengulas lanjut.

Myanmar berkata, ia sedia menerima semula Rohingya dan saling bertukar tuduhan dengan Bangladesh berhubung siapa bertanggungjawab di atas kelewatan itu. - AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky