Nahas Lion Air: Bangkai Utama Pesawat Ditemui

Nahas Lion Air: Bangkai Utama Pesawat Ditemui

Pasukan penyelam berjaya menemukan bangkai utama pesawat Lion Air JT610 yang di perairan Karawang, Jawa Barat, hari ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pasukan penyelam berjaya menemukan bangkai utama pesawat Lion Air JT610 yang di perairan Karawang, Jawa Barat, hari ini.

Memetik The Star, lokasi pencarian di kawasan seluas 700 kilometer persegi bagi mengesan fiuslaj atau badan pesawat Boeing 737 Max 8.

Menurut, Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Kebangsaan, M. Syaugi, kru kini menumpukan usaha untuk mendapatkan bangkai pesawat tersebut.

"Kita telah menemui dua turbin, satu roda.

"Terdapat laporan daripada anggota pasukan melihat badan pesawat," katanya.

Dalam pada itu, pasukan operasi berjaya menemukan perakam data penerbangan, kedua-dua enjin, sebahagian gear pendaratan, cebisan mayat mangsa dan barangan peribadi sejak pesawat Lion Air penerbangan JT610 yang membawa 189 orang terhempas ke laut.

Kata Syaugi, pengesan 'ping' turut menunjukkan isyarat yang lemah kemungkinan dari perakam perakam suara kokpit.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky