Nahas Lion Air: Laporan Awal Dikeluarkan Akhir November

Nahas Lion Air: Laporan Awal Dikeluarkan Akhir November

Indonesia akan mengeluarkan laporan awal tentang siasatan nahas pesawat Lion Air, JT 601 yang mengorbankan kesemua 189 penumpang pada 28 atau 29 November ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Indonesia akan mengeluarkan laporan awal tentang siasatan nahas pesawat Lion Air, JT 601 yang mengorbankan kesemua 189 penumpang pada 28 atau 29 November ini.

"Sebulan selepas tragedi itu, Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Nasional (KNKT) akan keluarkan laporan awal dan menerbitkan ia secara dalam talian," kata ketuanya, Soerjanto Tjahjono, hari ini.

KNKT masih menjejaki perakam suara kokpit (CVR) Boeing 737 MAX untuk mengenal pasti punca sebenar nahas itu.

Difahamkan, maklumat daripada kotak hitam pertama atau perakam data penerbangan telah dimuat turun untuk siasatan. - Reuters


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky