Negara Islam Perlu Guna Pendekatan Praktikal Berhubung Isu Rohingya: Khamenei

  • News Code : 853760
  • Source : ABNA24
Brief

Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran, Syed Ali Khamenei menggesa kerajaan negara-negara Islam untuk mengenakan tekanan politik dan ekonomi ke atas kerajaan "kejam" Myanmar supaya mereka menghentikan tindakan keras ke atas etnik minoriti Rohingya serta-merta.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran, Syed Ali Khamenei menggesa kerajaan negara-negara Islam untuk mengenakan tekanan politik dan ekonomi ke atas kerajaan "kejam" Myanmar supaya mereka menghentikan tindakan keras ke atas etnik minoriti Rohingya serta-merta. 

Bercakap pada hari Selasa, Ayatullah Khamenei menggesa pihak terbabit [kerajaan negara-negara Islam] untuk menggunakan pendekatan praktikal dalam rangka menamatkan krisis kemanusiaan dan jenayah yang berlaku di Myanmar. 

"Sudah pasti langkah praktikal tidak semestinya bermaksud penghantaran tentera. Akan tetapi, mereka (kerajaan negara-negara Islam) perlu meningkatkan tekanan politik, ekonomi dan perdagangan ke atas kerajaan Myanmar dan menyuarakan bantahan mereka ke atas jenayah tersebut di dalam pelbagai pertubuhan antarabangsa," kata beliau. 

Kerajaan Myanmar menghantar tentera yang ramai ke wilayah barat negara itu di mana kebanyakan etnik Rohingya bermukim. Menurut saksi, jenayah yang menakutkan dilakukan ke atas etnik Myanmar yang beragama Islam di wilayah Rakhine. 

Para anggota tentera dan puak pelampau Buddha dilaporkan telah membunuh atau merogol orang Islam Rohingya serta membakar rumah kediaman mereka. Menurut kerajaan Myanmar, sekitar 400 orang yang mana kebanyakan mereka adalah kaum Muslim telah terbunuh di dalam keganasan terbaharu di negara itu. Sementara itu PBB pula mengatakan bahawa bilangan sebenar mereka yang terbunuh mungkin telah melebihi angka 1,000 orang. 

Ayatullah Khamenei juga dengan lantang mengkritik kepasifan dan kelesuan badan-badan antarabangsa serta pejuang hak asasi manusia berhubung jenayah yang berlaku di negara Asia Tenggara tersebut. 

Pemimpin itu turut berkata bahawa krisis di Myanmar adalah sebuah isu politik sekaligus tidak boleh dikecilkan skopnya kepada konflik agama di antara umat Islam dan penganut ajaran Buddha semata-mata. 

"Perkara ini merupakan sebuah isu politik kerana pihak yang melakukan kekejaman ini adalah kerajaan Myanmar sendiri yang dipimpin oleh seorang wanita kejam yang pernah menerima anugerah Hadiah Keamanan Nobel. Menerusi tragedi ini, kematian Hadiah Keamanan Nobel telah disahkan, "katanya. 

Ayatullah Khamenei turut berkata bahawa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) perlu mengadakan perbincangan tergempar untuk membincangkan krisis di Myanmar. 

Pemimpin itu kemudiannya menambah dengan mengatakan bahawa Iran harus sentiasa berani dalam memastikan pendiriannya diketahui oleh seluruh masyarakat dunia. -ABNA24 

/315 


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram