OIC Gesa Myanmar Berikan Akses Kepada Penyiasat PBB Untuk Masuki Rakhine

  • News Code : 854074
  • Source : ABNA24
Brief

Pertubuhan Islam yang terbesar di dunia telah menggesa kerajaan Myanmar untuk membenarkan pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memasuki negeri Rakhine yang teruk dilanda keganasan akibat "kekejaman sistematik" pihak tentera dan pelampau Buddha ke atas etnik minoriti Rohingya.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pertubuhan Islam yang terbesar di dunia telah menggesa kerajaan Myanmar untuk membenarkan pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memasuki negeri Rakhine yang teruk dilanda keganasan akibat "kekejaman sistematik" pihak tentera dan pelampau Buddha ke atas etnik minoriti Rohingya.

Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang terdiri daripada 57 negara anggota membuat gesaan tersebut selepas mesyuarat tergempar yang berlangsung di luar persidangan teknologi di yang dianjurkan di Astana, Kazakhstan.

Tentera Myanmar sejak 25 Ogos lepas telah melancarkan siri serangan terbaharu mereka ke atas kaum Muslim Rohingya selepas puluhan pos polis dan pos sempadan di negeri utara Rakhine diserang oleh kumpulan bersenjata yang dikatakan mempertahankan hak-hak Rohingya seperti yang didakwa oleh kerajaan Myanmar.

Pemimpin Revolusi Islam, Ayatullah Seyyed Ali Khamenei pada hari Selasa turut mengkritik kerajaan Myanmar di atas kekejaman dan keganasan itu sambil berkata bahawa OIC perlu bersidang untuk membincangkan krisis tersebut. -ABNA24

/315




Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram