PBB: Myanmar Wujudkan Serangan Sistematik Terhadap Etnik Rohingya

  • News Code : 859775
  • Source : Utusan
Brief

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menegaskan serangan `sistematik’ kerajaan Myanmar terhadap etnik Islam Rohingya dibentuk untuk mengusir secara terus dan kekal penduduk minoriti Islam itu dari kediaman masing-masing di wilayah Rakhine.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menegaskan serangan `sistematik’ kerajaan Myanmar terhadap etnik Islam Rohingya dibentuk untuk mengusir secara terus dan kekal penduduk minoriti Islam itu dari kediaman masing-masing di wilayah Rakhine.

Siasatan PBB mendapati, serangan ganas terhadap penduduk itu di utara Rakhine merupakan perancangan teratur, selaras dan sistematik dengan niat untuk mengusir penduduk itu keluar dari Myanmar dan menghalang mereka kembali ke rumah masing-masing.

Hasil siasatan itu diperoleh daripada temu bual dengan penduduk yang melarikan diri ke Bangladesh sejak serangan kumpulan pejuang Islam terhadap pasukan keselamatan Myanmar di Rakhine pada 25 Ogos lalu yang mencetuskan serangan balas tentera.

Malah hasil siasatan itu mendapati gelombang terbaharu `operasi penghapusan’ yang dilakukan pihak tentera di Rakhine bukan bermula pada 25 Ogos sebaliknya awal bulan tersebut sekali gus bercanggah dengan dakwaan Myanmar bahawa serangan tentera itu adalah tindak balas terhadap serangan kumpulan pejuang berkenaan. - AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram