PBB Sertai Penghantaran Pulang Rohingya

PBB Sertai Penghantaran Pulang Rohingya

Bangladesh menandatangani perjanjian untuk membabitkan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam proses kontroversi mengembalikan pelarian Rohingya ke Myanmar, kata seorang menteri hari ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Bangladesh menandatangani perjanjian untuk membabitkan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam proses kontroversi mengembalikan pelarian Rohingya ke Myanmar, kata seorang menteri hari ini.

Menteri Muda Kementerian Luar Negara, Shahriar Alam berkata, kerajaan membabitkan agensi pelarian PBB supaya tidak dituduh menghantar pulang minoriti Muslim itu tanpa kerelaan mereka.

Beliau memberikan beberapa butiran, tetapi berkata pelarian akan diminta mengisi borang penghantaran pulang di hadapan pegawai PBB.

Bangladesh mencapai perjanjian dengan Myanmar lewat tahun lalu untuk menghantar pulang hampir 700,000 Rohingya yang melarikan diri dari kekejaman dan tindakan keras tentera dengan menyeberangi sempadan sejak Ogos lalu.

Proses yang sepatutnya bermula bulan lalu itu tertangguh akibat kurang persiapan dan protes oleh pelarian Rohingya, yang sebahagian besarnya tidak mahu pulang tanpa jaminan keselamatan.

"Sudah berulang kali kami katakan bahawa proses penghantaran pulang ini sangat kompleks," kata Alam kepada pemberita.

"Kami mahu mengisi borang (penghantaran pulang) dengan kehadiran PBB supaya tiada pihak mengatakan mereka dipaksa untuk dihantar pulang tanpa kerelaan," katanya kepada pemberita di kem pelarian Rohingya di tenggara sempadan daerah, Cox's Bazar, Bangladesh.

PBB yang sebelum ini menegaskan sebarang penghantaran pulang harus secara sukarela, belum memberi sebarang maklum balas berhubung perkembangan itu. - AFP


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky