Pelarian Myanmar Tuntut Jaminan Keselamatan

Pelarian Myanmar Tuntut Jaminan Keselamatan

Pelarian Rohingya, hari ini menyatakan keengganan kembali ke Myanmar tanpa jaminan kerakyatan dan keselamatan selepas pegawai Bangladesh dan Myanmar bertemu untuk berbincang mengenai penghantaran pulang mereka semula.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pelarian Rohingya, hari ini menyatakan keengganan kembali ke Myanmar tanpa jaminan kerakyatan dan keselamatan selepas pegawai Bangladesh dan Myanmar bertemu untuk berbincang mengenai penghantaran pulang mereka semula.

Seramai 6,000 adalah antara yang pertama meninggalkan Myanmar susulan kekejaman dilakukan tentera negara itu ke atas minoriti Islam sejak lewat Ogos lalu.

Sejak itu, mereka menetap dalam kem di wilayah tidak dituntut antara kedua-dua negara.

Sejak beberapa minggu ini, mereka berada dalam tekanan untuk kembali, dengan menteri di Myanmar memberi amaran mengenai akibat jika mereka kekal di wilayah tidak dimiliki sesiapa itu.

Namun ketua komuniti, Dil Mohammad, memberitahu mereka tidak akan kembali tanpa jaminan keselamatan, kerakyatan dan pampasan bagi kehilangan harta benda dalam kempen tentera.

"Kami tidak akan kembali ke rumah dan kampung di Myanmar kecuali tuntutan kami dipenuhi.

"Kami mahukan kerakyatan, semua hak, keselamatan kepada kehidupan dan harta benda dan pampasan," katanya. - AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky