Pengikut Syiah Ditindas Kerana Apati, Kata Syed Farid

Pengikut Syiah Ditindas Kerana Apati, Kata Syed Farid

Ahli sosiologi Syed Farid Alatas menyalahkan majoriti orang Islam di Malaysia yang berdiam diri atas sektarianisme, penindasan dan gangguan ke atas pengikut Syiah.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Ahli sosiologi Syed Farid Alatas menyalahkan majoriti orang Islam di Malaysia yang berdiam diri atas sektarianisme, penindasan dan gangguan ke atas pengikut Syiah.

Bercakap di perbincangan “Kesederhanaan dan Pentadbiran Islam di Malaysia” di Pusat Konvensyen Ideal hari ini, Farid berkata orang Islam di Malaysia nampaknya tidak marah apabila berlakunya penindasan ke atas pengikut Syiah, kecuali segelintir.

Ini berlaku walaupun orang Islam yang sama lantang menyuarakan bantahan dalam perkara-perkara kehidupan lain sama ada berkaitan orang Islam atau tidak.

“Kita layak diperintah kerajaan yang ada sekarang dan kita layak terima jenis Islam yang ditadbirkan kepada kita.

“Pentadbiran golongan elit politik menyokong sektarianisme dan sikap penduduk yang apati gagal memberi tekanan pada golongan elit,” katanya.

Beliau berkata majoriti orang Islam yang berdiam diri itu amat tidak bertanggungjawab kerana terus membenarkan penindasan terhadap pengikut Syiah selama ini.

“Ini juga soal hidup dan mati. Dua orang ditangkap di Singapura kerana mahu menyertai IS dan merek kata antara matlamat mereka ialah bunuh pengikut Syiah.

“Ada banyak perkara yang boleh kita salahkan kerajaan tetapi dalam hal sektarianisme, itu salah rakyat kerana kerajaan akan bertukar nada sekiraya ia tahu majoriti tidak akan membiarkan.”

Profesor di Universiti Kebangsaan Singapura itu berkata Malaysia tergolong dalam segelintir negara yang membenarkan penindasan pengikut Syiah secara sah.

Di Iraq atau Pakistan sektarianisme ada menyebabkan kejadian-kejadian konflik fizikal, tetapi kerajaan mereka tidak mempunyai pendirian rasmi membiarkan ia berlaku. Malaysia ke depan dalam hal ini.

“Pemikiran di Malaysia ialah jika kamu ada kumpulan yang berbeza maka akan ada konflik dan untuk elakkan konflik kamu perlu hapuskan kumpulan-kumpulan itu.

“Ini satu masalah kerana jenis pemikiran itulah yang akan menyebabkan kamu mahu menghapuskan kumpulan-kumpulan lain juga. Di Malaysia, sudah ada orang memandang hina golongan sufi yang kebanyakannya pengikut Sunnah Wal Jamaah.”

Farid menegaskan beliau tidak bercakap tentang sektarianisme dari sudut pandang liberalisme atau nilai-nilai moden tetapi dari sudut pandang pemikiran Sunnah Wal Jamaah klasik.

“Taifah tiada dalam tradisi Sunnah Wal Jamaah dan tiada duluan dalam tradisi Islam yang mengharamkan kewujudan golongan-golongan di luar arus perdana walaupun kumpulan-kumpulan itu didapati bersalah kerana menentang satu-satu fatwa.

“Dalam kes seperti itu, para hakim bersetuju tiada proses atau prosedur perundangan untuk orang-orang seperti itu.”

Farid berkata Perlembagaan membenarkan peranan yang luas untuk raja-raja, termasuk mempersoalkan dan mewartawakan enakmen Islam yang “bermasalah” terhadap pengikut Syiah.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
We are All Zakzaky