Penindasan Rohingya Tak Terbayang: Guterres

Penindasan Rohingya Tak Terbayang: Guterres

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menyifatkan kisah kekejaman Rohingya sebagai tidak terbayang, ketika kunjungan ke kem pelarian di Bangladesh, hari ini yang menempatkan jutaan etnik minoriti dari Myanmar itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menyifatkan kisah kekejaman Rohingya sebagai tidak terbayang, ketika kunjungan ke kem pelarian di Bangladesh, hari ini yang menempatkan jutaan etnik minoriti dari Myanmar itu.

Guterres berkata, situasi minoriti Muslim ditindas itu adalah 'mimpi ngeri kemanusiaan dan hak asasi', ketika bersiap untuk melawat pusat perlindungan sementara yang sesak.

Etnik Rohingya menjadi pelarian selepas melarikan diri daripada operasi kejam tentera Myanmar, tahun lalu yang sebelum ini disifatkan PBB sebagai pembersihan etnik.

"Saya baharu saja mendengar kisah pembunuhan dan rogol pelarian Rohingya dari Myanmar di Cox's Bazar, Bangladesh. Mereka mahu keadilan dan keselamatan pulang ke tanah air.

"Etnik Rohingya adalah etnik paling tertindas dan komuniti paling lemah di dunia," katanya di Twitter.

Difahamkan, Guterres ditemani ketua Bank Dunia, Jim Yong Kim. Katanya, misi itu bertujuan menunjukkan perpaduan dengan pelarian Rohingya dan komuniti yang menyokong mereka.

"Sifat kasih sayang dan keikhlasan penduduk Bangladesh adalah ciri kemanusiaan terbaik dan berjaya menyelamatkan ribuan nyawa," katanya.

Sebahagian besar pelarian Rohingya di Bangladesh atau kira-kira 700,000 orang melarikan diri dari kekejaman tentera Myanmar, Ogos lalu. - AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky