Perusuh Bakar Pesawat, Rumah Gabenor

Perusuh Bakar Pesawat, Rumah Gabenor

PORT MORESEBY - PAPUA NEW GUINEA. Keganasan semakin tidak terkawal di Dataran Tinggi Selatan apabila perusuh bertindak membakar pesawat penumpang dan rumah gabenor tempatan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - PORT MORESEBY - PAPUA NEW GUINEA. Keganasan semakin tidak terkawal di Dataran Tinggi Selatan apabila perusuh bertindak membakar pesawat penumpang dan rumah gabenor tempatan.

Polis berkata, orang ramai marah dengan keputusan mahkamah membatalkan petisyen terhadap pilihan raya gabenor wilayah, William Powi pada 2017, di tengah kebimbangan mengenai rasuah.

Air Niugini dalam kenyataannya berkata, kesemua anak kapal Dash 8 selamat dan telah kembali ke ibu kota Port Mressby.

Imej di media sosial menunjukkan pesawat turbin berkembar itu terbakar.

Susulan itu Perdana Menteri Peter O'Neill pada Jumaat mengisytiharkan darurat selama sembilan bulan di daerah berkenaan selain menggantung kerajaan wilayah dan menghantar tentera bersenjata ke kawasan yang terjejas. - AFP


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky