PM Kemboja Ancam 'Malukan' Australia

PM Kemboja Ancam 'Malukan' Australia

Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen mengancam 'memalukan' Australia dan menyekat penerbitan kenyataan bersama dalam satu persidangan serantau di Sydney bulan depan jika beliau ditekan berhubung tindakan keras di tanah air.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen mengancam 'memalukan' Australia dan menyekat penerbitan kenyataan bersama dalam satu persidangan serantau di Sydney bulan depan jika beliau ditekan berhubung tindakan keras di tanah air.

Pemimpin kuku besi itu dikritik Barat kerana bertindak menyekat demokrasi sejak beberapa bulan lalu dengan membubarkan parti pembangkang utama, menutup agensi berita bebas dan mengambil tindakan mahkamah ke atas pengkritiknya.

Dalam satu ucapan semalam, pemimpin terkenal biadab itu memaklumkan, beliau tidak akan bertoleransi terhadap sebarang tekanan berkaitan politik negaranya ketika hadir dalam persidangan 10 negara anggota Persatuan Negara Asia Tenggara (ASEAN) dianjurkan Australia Mac depan.

"Hun Sen boleh menyekat penerbitan sebarang kenyataan antara ASEAN dan Australia. Australia tidak boleh memberi tekanan kepada Kemboja. Jangan berani melakukannya.

"Jika anda melayan saya dengan tidak wajar, saya akan membalas semula dan memalukan anda," kata Hun Sen.

Beliau juga memberi amaran kepada bakal penunjuk perasaan di Australia supaya tidak membakar imejnya dalam mana-mana demonstrasi berikutan sejumlah populasi pelarian Kemboja dari zaman Khmer Rouge di negara itu.

Ia bukan kali pertama Kemboja menggunakan kedegilannya bagi menyekat atau mempengaruhi kenyataan ASEAN.

Pada 2012, Menteri Luar ASEAN gagal mengeluarkan kenyataan bersama buat kali pertama pada akhir mesyuarat tahunan mereka dengan Filipina menyalahkan tuan rumah Kemboja kerana menyekat kritikan terhadap tindakan Beijing di Laut China Selatan.

Kemboja juga didakwa memaksa blok negara serantau itu supaya tidak mengkritik Beijing dalam kenyataan yang dikeluarkan pada akhir mesyuarat 2016.

Tindakan keras Kemboja sejak beberapa bulan lalu menyaksikan negara itu semakin rapat dengan China, banyak menyalurkan dana tunai kepadanya, namun pada masa sama meningkatkan ketegangan dengan Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah yang menarik balik sokongan terhadap pilihan raya Julai depan selepas pembangkang dibubarkan. -AFP


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky